al-Ghazali Website

al-Ghazali Website  

Abu Hamid al-Ghazali

English - en español - Français - Italiano - Deutsch - Malay - Bahasa Indonesia - فارسی - عربي

 

  1. Ma'arij al-Qudus fi madarij ma'rifat al-Nafs (Ascent to the Divine through the path of self-knowledge)  [M:76; A:76; GAL, I, 426 no 64a & 64g, S., I, 751] Adalah hampir pasti bahawasanya hasil tulisan ini telah dikaitkan dengan al-Ghazali dan bukan hasil nukilannya berdasarkan sebab-sebab berikut:. Pertamanya dan yang paling utama ialah ianya tidak disebut oleh mana-mana penulis terawal riwayat al-Ghazali termasuklah al-Subki ataupun penulis riwayat mutaakhir seperti al-Zabidi. Keduanya al-Ghazali tidak merujuk kepadanya dalam mana-mana hasil tulisannya yang lain. Ketiganya dalam kitab ini beliau tidak merujuk kepada hasil-hasil kerjanya yang lain dalam perbahasan yang sama. Keempatnya salah satu bahagian di dalam kitab ini berkenaan hati adalah ringkasan kepada Ihya’ fasal 21 tentang keajaiban-keajaiban hati dan dalam bahagian ini penulis tidak menyatakan rujukan kepada Ihya’ yang mana kandungannya tidak selari dengan subjek yang diringkaskan itu. Kelimanya kitab ini tidak mempunyai rangkakerja yang jelas dan tidak disusun secara logik sepertimana dalam hasil-hasil tulisan al-Ghazali yang lain. Salah satu manuskrip (Dar al-kutub al-Misrya falsafa-630) kitab ini tidak menyatakan nama penulisnya tetapi hanya tajuknya iaitu "Ma'arij al-Qudus" ; menjadikan ia suatu ringkasan kitab oleh penulis yang tidak diketahui  c.f. Badwai p. 245.
  • Versi Bahasa Arab : Ma'arij al-Qudus fi madarij ma'rifat al-Nafs, sebuah edisi bercetak  lama dari Kaherah. (Arabic pdf)

  • Terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris dengan pengenalan, analisis dan ringkasan oleh Yusuf Easa Shammas, "Al-Ghazali's ascent to the Divine through the path of self-knowledge"(Ph.D. diss., Hartford Seminary, 1958) (PDF)

 

Sebab-sebab kenapa kitab ini bukan karangan al-Ghazali: 

  1. Al-Ghazali tidak pernah menyebut tentang kitab ini dalam mana-mana hasil karangannya. Beliau tidak menyebutnya dalam al-Munqidh min al-Dalal (sedangkan beliau banyak menyenaraikan kitab-kitabnya yang lain dalam  kitab tersebut)  mahupun Ihya’.
  1. Al-Ghazali dalam Ma’arij al-Qudus tidak menyebut mana-mana hasil tulisannya yang lain atau merujuk kepada mana-mana bahagian dalam kitab-kitabnya yang lain dalam topik yang sama.
  1. Penyusun Ma’arij al-Qudus telah meletakkan bab pengenalan di bawah tajuk : “Berkenaan makna perkataan-perkataan yang bersamaan yang menerangkan nafs (ruh) ada empat iaitu nafs (nafsu), qalb (hati), rouh (ruh) dan  aql (intelek).” Perbahasan ini tidak lain dan tidak bukan merupakan ringkasan empat mukasurat  kepada satu bahagian yang termaklum dalam Ihya’yang terdiri daripada lima puluh mukasurat. Ia merupakan fasal pertama dalam bahagian  ketiga Ihya’ (al-Muhlikaat) fasal 21 yang bertajuk Keajaiban-keajaiban Hati yang mana telah diterangkan dengan sedalam-dalamnya oleh al-Ghazali. Jikalau al-Ma’arij ialah kitab beliau mestilah pembaca disuruh merujuk kepada Ihya’. Dan sekiranya beliau telah menulis al-Ma’arij sebelum Ihya’ nescaya beliau akan menyebutnya dalam Ihya’.
  1. Dalam al-Ma’arij terdapat satu lagi bab bertajuk “ Menerangkan contoh-contoh hati dengan tentera-tenteranya iaitu ada tiga contoh” yang juga merupakan ringkasan daripada bahagian yang sama dalam Ihya’. Jika kitab ini memang hasil tulisan beliau mestilah pembaca disuruh merujuk kepada fasal 21 dalam Keajaiban-keajaiban Hati.
  1. Kitab ini tidak pernah disenaraikan oleh mana-mana pengarang kitab yang terawal yang menyenaraikan hasil kerja al-Ghazali seperti al-Subki (d.771). Ia juga tidak disenaraikan oleh penulis-penulis terkemudian seperti al-Murtada al-Zabidi (d. 1205); ini menunjukkan al-Ma’arij adalah  hasil penulisan yang baru.
  1. Badawi , semasa memperincikan tentang manuskrip nombor 630 falsafa dalam Dar al-Kutb al-Misrya (Arkib Nasional Mesir), menyatakan bahawa mukadepan kitab tersebut hanya mengandungi  tajuk “Ma’arij al-Qudus” tanpa nama pengarang. C.f. Badawi p.245.
  1. Kitab tersebut secara keseluruhannya hanyalah satu kumpulan ringkasan daripada hasil-hasil tulisan al-Ghazali tanpa hubungkait yang kemas antara satu sama lain.

Oleh  MA diterjemahkan atas cadangan penulis.

Maklumat tambahan daripada Badawi, ms. 244-248 :

Menurut editor/pencetak buku tersebut (badawi, p.244) Muhyi al-din Sabri al-Kurdi beliau telah menggunakan dua manuskrip ; yang pertama bertarikh 15 Rejab 1066 dan yang kedua bertarikh 923 dan direviu pada 1345. 

Menurut Badawi beliau telah menyebut Mss pada kitab ini seperti berikut :

  • Walialdin 1814[10] Baghdad,

  • 630 falsafa in dar al-kutb al-misrya (National Egyptian Archives)

  • Kuperlu 853

  • Aya sofia 1: 388 [20 Arabic taswauf]

Manuskrip-manuskrip di atas adalah berbeza daripada yang disebut oleh al-Kurdi.

Manuskrip 630 falsafa di Dar al-Kutb al-Misrya (Arkib Nasional Mesir) telah disalin oleh Muhammad Baqir ibn Khadma’li pada tahun 1176, dalam 74 folio lebih kurang 20 baris bagi setiap halaman, bersaiz 6.4 X 12.2 cm dengan banyak pembetulan di margin oleh yang bukan pengarangnya. (Badawi ms. 246)

Walau bagaimanapun Manuskrip Baghdad wujud dalam bentuk yang lebih baik kerana telah disalin oleh penyalin yang lebih baik. Ia bermula sama seperti manuskrip di atas tetapi berakhir dengan menyebut Mi’ayar al-Ilm dan  Mizan al-Amal. Ianya merupakan sebahagian daripada kitab Mujmua’ yang memasukkan satu risalah berkenaan darjat-darjat ruh, Ma’arij al-Qudus, Mi’yar al-‘Ilm, Mahik al-Nazar. Disalin pada tahun 887. (Badawi, ms. 247-8).

Maklumat laman:

* Laman ini telah dikemaskini pada: 2008-01-07.
* Polisi penggunaan yang diterima.
* Bagaimana memanfaatkan sepenuhnya laman web ini dan semua tentang memuat turun fail.
* URL: http://ghazali.org/site-ms/pseudo.html

* Site © Copyright 2008 oleh Muhammad Hozien. Semua hakcipta terpelihara. Laman ini didedikasikan untuk kajian akademik Abu Hamid al-Ghazali. Isi kandungan individu boleh mempunyai hakciptanya yang tersendiri. Lihat maklumat hakcipta. Untuk melaporkan pelanggaran-pelanggaran hakcipta lihat berikut untuk maklumat tambahan. Many thanks to Salina Ahmad for the translation.